Monday, October 4, 2021

VAKSINASI KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

 

Penjawat awam perlu akur dengan langkah yang diambil kerana ia bertujuan memulihkan negara yang terkesan daripada sudut ekonomi dan sosial. Sebagai penjawat awam kita perlu akur dengan arahan ini memandangkan penjawat awam adalah jentera pentadbiran kerajaan yang menjadi pelaksana dan mendukung segala dasar kerajaan.

Apakah itu Vaksin ?

Vaksin adalah merupakan iaitu virus yang telah mati. Pemberian virus mati ini bukanlah dengan tujuan untuk menyebabkan seseorang itu terkena jangkitan virus akan tetapi dalam bahasa mudahnya, ia adalah bertujuan menciptakan memori dasar sebagai tentera pertahanan dalam tubuh untuk bersiap sedia menghadapi serangan virus yang sebenar yang lebih kuat.

Kenapa semua orang perlu divaksinkan ? Mengapa tidak orang yang berisiko sahaja ?

Tujuan pemberian vaksin adalah untuk mencapai imuniti kelompok. Imuniti kelompok adalah bermaksud virus tidak dapat memasuki suatu kelompok masyarakat memandangkan sebahagian besar anggota masyarakat tersebut mempunyai kekuatan (memori tentera pertahanan) untuk melawan virus sebenar yang lebih kuat (covid-19)

Hal ini adalah penting bagi melindungi golongan rentan (mudah dijangkiti penyakit disebabkan sistem / fungsi tubuh yang rendah atau menurun) seperti kanak-kanak, orang tua, pesakit kanser dan pesakit HIV- positif.

Kalau saya sudah divaksinasi, apakah masih akan terkena penyakit ini ?

Vaksin tidak menghentikan anda daripada dijangkiti dengan virus ataupun kuman. Akan tetapi, ia dapat mengurangkan kesan buruk yang tersenarai diatas daripada terjadi.

Saya telah pun divaksinasi. Anda bila lagi.....





PERTUKARAN TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK

 

Tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Abd Rahim Bin Awang, mantan Timbalan Pengarah Akademik atas kenaikan pangkat ke DH 54 dan beliau telah berpindah ke POLISAS. Jawatan Timbalan Pengarah Akademik telah diambil alih oleh Dr. Hj Zulkifli Bin Md Yusoff yang telah dinaikkan pangkat ke DH 52 berkuatkuasa 15 September 2021. Diharapkan  beliau dapat menggalas amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab. Selamat bertugas.



PERINGATAN KEPADA PENJAWAT AWAM