31 Januari 2022 - Telah berlangsung sesi serahan tugas oleh mantan Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan bin Ismail kepada Pengarah yang baru iaitu Tuan Haji Che Alias bin Mohd Yusof. Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Em Muhammad Rafie bin Hamzah. Tahniah diucapkan buat Tuan Haji Che Alias atas perlantikan sebagai Pengarah PMS yang baharu. Semoga PMS akan terus maju dan cemerlang dibawah kepimpinan beliau. Tidak lupa sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan buat Tuan Haji Hassan bin Ismail atas jasa bakti yang dicurahkan selama ini.
No comments:
Post a Comment