Saturday, January 29, 2022

SELAMAT BERSARA PENGARAH PMS

 AMANAT TERAKHIR SEBELUM BELIAU MENINGGALKAN PMS


Alhamdulillah pada tanggal 28 Januari 2022 cukuplah tempoh perkhidmatan saya selama 33 tahun sebagai seorang penjawat awam. Banyak suka dan duka yang telah ditempoh, terpahat dalam memoir diari saya. Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh warga PMS atas penganjuran majlis-majlis yang amat gilang gemilang meraikan persaraan saya.

Ucapan berbanyak terima kasih juga kepada semua warga kerja yang telah memberikan kerjasama erat, bantuan dan sokongan padu disepanjang tempoh perkhidmatan saya. Dengan rendah hati saya memohon maaf diatas kesilapan, kelemahan dan keterlanjuran perbuatan saya yang telah menyinggung hati tuan puan samada secara sedar atau tidak sedar disepanjang perkhidmatan saya.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati, melindungi dan mencurahkan taufiq hidayah Nya kepada kita semua. Moga hubungan silaturrahim ini tetap berterusan dan terjalin erat tanpa sempadan jarak dan masa.

Selamat maju jaya kepada semua dalam apa jua lapangan. Semoga Politeknik Muadzam Shah terus relevan dan cemerlang bersama pimpinan baharu dan menerajui pembangunan pendidikan negara.

Sekian.



                                                         

Tuesday, January 25, 2022

KPI PMS 100%

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Politeknik Muadzam Shah kerana telah berjaya memperoleh pencapaian cemerlang 100% di dalam petunjuk prestasi utama (KPI) bagi tahun 2021. Semoga kecemerlangan ini dapat memberi semangat buat seluruh warga PMS dalam meneruskan prestasi cemerlang pada tahun 2022. PMS Boleh!

Sunday, January 9, 2022

MESYUARAT PENGURUSAN PMS

 

10 JANUARI 2022 - Pada hari ini Mesyuarat Pengurusan Bil 1 2022 diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Ridan bermula jam 9.00 pagi. Banyak isu-isu semasa mengenai pembangunan PMS telah dibincangkan. Untuk makluman bersama, ini adalah merupakan mesyuarat terakhir Tn Pengarah PMS kerana beliau mula berpencen pada 28 Januari 2022. Terima kasih kepada Tn Pengarah atas jasa dan bakti kepada PMS. Selamat maju jaya kepada Tuan Haji.

PERINGATAN KEPADA PENJAWAT AWAM